Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir & Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H


Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

esok lebih baik dari hari ini...

Wednesday, December 2, 2009

Murid yang mendapat 5A UPSR


Seramai 12 murid yang mendapat 5A di dalam UPSR.
  1. Muhammad Adib bin Adnan
  2. Ainin Sofiya binti Mohamad Rosli
  3. Nur Athirah binti Mohd Shokri
  4. Muhammad Daniel bin Roshadzale
  5. Nurul Elina binti Mohd Rosli Shanarat
  6. Fatin Farhana binti Safiyuddin
  7. Che Siti Nuraisyah binti Che Suhaimi
  8. Muhammad Shafizan bin Razian
  9. Siti Aisyah binti Roshade
  10. Umi Syazwani binti Rosmadi
  11. Muhammad Ardy Irwan bin Abd Aziz

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang mendapat keputusan cemerlang.

Sunday, November 15, 2009

Kursus Kepimpinan Murid 2010

Kursus tersebut melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 5 yang memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah dan Ketua Kelas bagi tahun 2010. Ini bagi memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai tanggungjawab dan tugas-tugas yang perlu dipikul sebagai pemimpin. Pemimpin di sekolah untuk murid-murid adalah sebagai Pengawas Sekolah dan Ketua Kelas. Mereka bertanggungjawab untuk membantu guru-guru mengawal kelakuan dan tindakan murid-murid yang lain bagi memastikan keadaan sekolah berada tahap yang terkawal.




Monday, November 9, 2009

Lawatan ke Prasekolah

Prasekolah telah menerima lawatan dari sekolah-sekolah Putrajaya pada 8 November 2009 lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi. Lawatan tersebut disertai oleh Pegawai Unit Pendidikan Awal dan Prasekolah Putrajaya, guru-guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid seramai 40 orang. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengambil contoh dan meneliti pengurusan Prasekolah kerana Prasekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Prasekolah Gemilang peringkat Negeri Kedah.



Wednesday, November 4, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa 2009

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Monday, November 2, 2009

Kemaskini Antivirus Kaspersky

Sila layari laman web:

http://kaspersky.schoolnetwork.com.my
atau
http://10.251.3.133

username : kav

password : kav123

Muat turun license untuk kemaskini antivirus tersebut

Thursday, October 29, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2009


Tarikh: 1 November 2009
Masa: 7.45 - 10.00 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKSJ

Bahasa Jiwa Bangsa...
Hilang bahasa maka
akan hilanglah bangsa...

Matlamat:

Memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini.

Objektif:
  1. Mencungkil bakat murid dalam kemahiran berbahasa dalam bidang puisi dan prosa.
  2. Melahirkan keupayaan dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
  3. Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek bahasa.

Sunday, September 13, 2009

.: Salam Aidilfitri :.


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Mercun berbunyi berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap dimaafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sunday, September 6, 2009

UPSR 2009...

Warga Pendidik dan Kakitangan SK SRI JERAI
mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR buat semua pelajar tahun 6.
Semoga anda semua telah bersedia dan akan mendapat keputusan yang terbaik buat diri anda.


Thursday, August 27, 2009

Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!!


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...

Monday, August 24, 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Huraian Pengajaran Hadis:
  1. Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
  2. Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
  3. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
  4. Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Salam Ramadhan al-Mubarak


Hari Anugerah Cemerlang 2009

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat anugerah kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum. Usaha gigih guru-guru yang mengajar akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan murid-murid sekalian.



Sunday, August 2, 2009

Virus Merbahaya: H1N1



Sunday, July 26, 2009

Simpan maklumat murid dalam pangkalan data

PULAU PINANG 24 Julai - Sistem Maklumat Murid (SMM) versi 4 dibangunkan bagi membolehkan semua data murid yang memasuki alam persekolahan disimpan dalam pangkalan data dan digunakan sebagai rujukan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, sistem yang melalui proses penambahbaikan dan pengubahsuaian itu menggabungkan SMM dan Borang Maklumat Murid (BMM) menjadikannya lebih terkini.

Katanya, SSM versi 4 merupakan satu kejayaan penyelarasan bagi operasi kutipan data dan maklumat murid dari peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan kementerian.

Menurut beliau, untuk sampai ke tahap aplikasi yang terkini itu bukanlah sesuatu yang mudah.

''Kita telah menambah medan-medan maklumat baru seperti cita-cita, kumpulan darah, masalah kesihatan dan sebagainya.

''Ini antara lain untuk meringankan tugas guru supaya tidak perlu mengisi borang berkali-kali. Mereka hanya perlu memilih maklumat yang diperlukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran sistem tersebut di sini hari ini.

Menurut Noor Rezan, sistem itu juga akan membolehkan semua maklumat tersebut diakses dan dianalisis untuk pelbagai kegunaan bukan hanya untuk bidang pendidikan sahaja.

Katanya lagi, kemudahan itu kini digunakan di kira-kira 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

''Dengan adanya sistem pangkalan data tunggal, ia dapat menjadi sejarah yang mana negara mempunyai pangkalan data setiap rakyat dan boleh digunakan untuk perancangan serta pelaksanaan program dan projek- projek pembangunan negara.

''Selain itu, kita berhasrat untuk menjadikan SMM satu aplikasi canggih dengan satu sentuhan jari untuk mengakses semua maklumat yang dicari dalam memacu tahap pendidikan negara bertaraf dunia," katanya.

Noor Rezan berkata, beliau berharap warga pendidik yang terlibat secara langsung dengan aplikasi SMM versi 4 berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran teknologi maklumat agar sistem itu dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Relaks...

Thursday, July 23, 2009

Penyelidik UPSI hasilkan Prodigy bantu kaunselor tingkat kemahiran, jalan tugas lebih berkesan

BEBAN tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka.

Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu.

INFO: 10 teras Modul

1) Modul Ice Breaking- Permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif mereka.

2) Modul Kemahiran Belajar Lima Domain- Gaya pembelajaran membabitkan lima domain, iaitu audio, visual, kognitif, afektif dan psikomotor.

3) Modul Agape Love (Kasih Sayang Tanpa Syarat)- Perkongsian cerita dan pengalaman bersama peserta bagi mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti.

4) Modul Subconscious (Tenaga Bawah Sedar)- Perkongsian cerita dan pengalaman bagi menimbulkan kesedaran peserta mengenai kekuatan dalaman untuk dimanfaat bagi meningkat pencapaian akademik ke tahap cemerlang.

5) Modul Kembarun- Aktiviti luar yang menguji tahap kekuatan sesebuah kumpulan bagi menyedarkan peserta bahawa dalam mengharungi kehidupan mesti ada halangan dan cabaran serta setiap kejayaan ditempa mesti menempuh kesusahan

6) Modul Komunikasi- Ceramah mengenai kemahiran komunikasi melalui pendekatan komunikasi Transaksional dipelopori Erick Berne, iaitu parent, adult dan child (PAC).

7) Modul Personaliti- Peserta didedahkan ciri personaliti diri melalui ujian personaliti bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.

8) Modul Inteam- Menguji kekuatan sesuatu kumpulan dalam mengharungi permasalahan organisasi bagi memberi kesedaran pentingnya kerja berpasukan, selain meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama.

9) Modul Kerjaya- Ujian Inventori dibekalkan kepada peserta bagi mengenali diri dan potensi diri melalui enam jenis personaliti dan persekitaran kerja.

10) Modul Relaksasi- Ceramah pengurusan tekanan bagi membolehkan peserta menghadapi dan mengendali tekanan terutama pada saat genting seperti peperiksaan atau mengalami masalah peribadi.

Prasekolah: Pastikan guru, prasarana cukup

KUALA LUMPUR 22 Julai - Prasarana yang mencukupi serta penyediaan guru terlatih perlu sekiranya mahu menjadikan pendidikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara.

Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud berkata, cadangan itu merupakan satu langkah yang bijak, bagaimanapun ia perlu disokong oleh kedua-dua perkara tersebut.

"Kerajaan perlu memastikan kelas prasekolah dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan mengajar.

''Jika sekadar papan hitam serta cara mengajar bercakap biasa sahaja tidak memadai. Perlu ada alat pembelajaran yang ke hadapan seperti yang kita lihat di luar negara,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai cadangan pihak kerajaan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada dasar pendidikan negara.

Langkah berkenaan bagi memastikan proses pemantapan bahasa Inggeris dapat dimulakan di peringkat awal.

Dalam pada itu, kata Abdul Rahman, langkah menjadikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara juga mampu mengatasi isu kemunduran pelajar.

"Sebelum ini memang tiada satu sistem untuk prasekolah sedangkan ada bermacam-macam prasekolah yang disediakan oleh pihak swasta serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mahu pergi dan ada yang tidak.

"Apabila wujud sistem yang seragam ini pastinya tidak boleh dielak oleh semua kanak-kanak,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hasan berkata, pelaksanaan sistem prasekolah tersebut perlu menitikberatkan kanak-kanak di kawasan luar bandar.

"Jika sistem prasekolah ini dilakukan, perhatian yang lebih mesti diberikan terhadap kanak-kanak di pedalaman. Kalau mahu memastikan semua pelajar di usia muda cemerlang jangan abaikan mereka.

"Melihatkan situasi sekarang pun, pelajar di luar bandar masih lagi ketinggalan. Jadi pastikan dalam pelaksanaan prasekolah ini mereka tidak ketinggalan, jika tidak sia-sia sahaja apa yang ingin dicapai," katanya.

Selain itu, katanya, sekiranya sistem prasekolah dapat diselaraskan antara sekolah kerajaan dan swasta, ia mampu mengurangkan jurang pendidikan.

"Kalau boleh selaraskan tadika swasta dan kerajaan.

''Itu lebih baik kerana selalunya apa yang kita boleh lihat sekolah swasta ini menyediakan prasarana yang lebih baik,'' jelasnya.

Wednesday, July 22, 2009

Elaun baru guru Kafa diteliti

KUCHING 21 Julai - Permohonan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menaikkan elaun kira-kira 34,000 guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kenaikan elaun itu harus diteliti terlebih dahulu kerana membabitkan perkara teknikal yang perlu diselaras seperti syarat kemasukan.

Menurutnya, guru-guru Kafa di negara ini masih berada dalam kelompok kemiskinan dengan pembayaran elaun hanya RM500 sebulan meskipun ada daripadanya menjadi guru Kafa secara sambilan.

''Saya melihat perlu ada pendekatan secara serius dan kita mengharapkan pertimbangan sewajarnya diberi untuk memperkasakan institusi Kafa di seluruh negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Multaqa Penyelia dan Guru-Guru Kafa Negeri Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamil Khir memberitahu, permohonan menaik taraf status penyelia Kafa kepada Gred S17 telah diluluskan kerajaan dan menunggu proses pelantikan sahaja.

Dengan kelulusan itu, jelasnya, seramai 383 Penyelia Kafa di seluruh negara akan menikmati kenaikan elaun daripada RM750 kepada RM1,400 sebulan.

Tambahnya, Jakim juga akan mengkaji kemungkinan untuk menambah jumlah guru Kafa berikutan pertambahan jumlah penduduk khasnya di kawasan bandar-bandar baru dan kawasan perumahan.

Sementara itu, Jamil Khir semasa ucapannya berkata, sejumlah RM221.6 juta peruntukan tahunan diberikan kepada Jakim dengan 40 peratus darinya untuk pembangunan Kafa.

Beliau menambah, keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lalu membuktikan pelaksanaan program Kafa menunjukkan kesan baik kepada kanak-kanak setelah 165,407 daripada 165,665 calon lulus ujian itu.

Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI - TPM

PUTRAJAYA 21 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.

''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya.

''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah.

''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda).

''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira.

''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya.

Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar.

Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar.

Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI).

''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, logistik, personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan kebangsaan," katanya.

Wednesday, July 15, 2009

Lokasi sekolah

Bangunan dan kawasan sekolah dari Google Satellite

Tuesday, July 14, 2009

Laporan Kerosakan SchoolNET sekolah

Laporan Kerosakan SchoolNET Sekolah

Sekolah berhubung terus dengan pihak GiTN ( HQ – Kuala Lumpur dan Cawangan di Alor Setar )

Telefon : 1 300 882 888
E-mail : helpdesk@gitn.com.my
Cc : nfaizah@gitn.com.my

* contoh :


Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah