Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Thursday, February 25, 2010

Unit Hal Ehwal Murid 2010

PENGERUSI
Guru Besar
Pn. Fatimah binti Masaud

NAIB PENGERUSI
Penolong Kanan HEM
Pn. Hasni binti Zakaria

SETIAUSAHA
Pn. Noor Azah binti Abu Bakar


BAHAGIAN PENGURUSAN

Pengawas
Pn. Noor Azah binti Abu Bakar

Disiplin
En. Mohd. Nazri bin Saad

SPBT
Pn. Harlina binti Nordin

RMT
Pn. Roslidza binti Daud

Kantin
Pn. Norma binti Mohd. Ishak

Bimbingan & Kaunseling
Pn. Joriyah binti Ahmad

Kebajikan Murid
Pn. Asmah binti Abdullah

Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan (3K)
Pn. Joriyah binti Ahmad

Keceriaan & Kebersihan Bilik Darjah
Pn. Joriyah binti Ahmad

RIMUP
Pn. Nor Aziyan binti Man

Pengurusan Data
En. Azanian bin Othman


Tuesday, February 23, 2010

Unit Kurikulum 2010

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

Guru Besar
Pn. Fatimah binti Masaud

Naib Pengerusi
PK Kurikulum
En. Che Azmy bin Ramli

Setiausaha
Pn. Zuraikhan binti Ab. Rahman

PK HEM
Pn. Hasni binti Zakaria

PK Kokurikulum
Pn. Rahaida binti Abdul Majid


BAHAGIAN PENGURUSAN

PPSMI
Pn. Hjh. Rozana binti Ibrahim

Pusat Sumber Sekolah
Pn. Natrah binti Bakar

Peperiksaan
En. Abdul Razak bin Ahmad
En. Azanian bin Othman

j-QAF
En. Mohd. Nasri bin Bakar

Headcount dan Prestasi Pelajar
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf

Jadual Waktu
En. Abdul Razak bin Ahmad

ICT
En. Azanian bin Othman

Prasekolah
Pn. Noor Hazaina binti Mohamad Yusoff
Pn. 'Aifaa Hani binti Abdul Ghani


PANITIA MATAPELAJARAN

Bahasa Melayu: En. Yusof bin Md. Saman
Bahasa Inggeris: En. Tan Tick Seng
Matematik: Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf
Sains: Pn. Zuraikhan binti Ab. Rahman
P.A.I: Pn. Hjh. Fatimah binti Ahmad
Moral: Pn. Kamelia binti Abdullah
Kajian Tempatan: Pn. Nor Aziyan binti Man
Kemahiran Hidup: En. Jahaya bin Sulong
P.Seni: En. Mohd. Sukor bin Shaari
Muzik: Pn. Maimunah binti Amir Hasan
Bahasa Arab: Pn. Azizah binti Osman
PJK: En. Yusof bin Abas


PENYELARAS TAHUN

Tahun 1: Pn. Maimunah binti Amir Hasan
Tahun 2: Pn. Kartini binti Bakar
Tahun 3: Pn. Iza Azriza binti Aziz
Tahun 4: Pn. Nor Aziyan binti Man
Tahun 5: Pn. Noor Azah binti Abu Bakar
Tahun 6: En. Yusof bin Md. Saman


Piagam Pelanggan

Kami warga
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai
dengan penuh tekad berikrar dan berjanji akan:
  • Membimbing murid menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia sepanjang masa.
  • Mengamalkan sikap penyayang, semangat kekitaan dan bekerjasama sepanjang masa.
  • Mengurus kerja dengan progresif, cekap dan mesra.
  • Sentiasa peka dan telus kepada kehendak pelanggan dan memberi layanan dengan penuh kemesraan, kesopanan, pantas dan bijaksana.

Lirik Lagu Sekolah

Di sini kami berdiri
Bersama menjejak mimpi
Menjadi insan harmoni
Seimbang dan bervisi

Di sini kami berkumpul
Bersama penyuluh diri
Membakar menerangi hati
Itulah pendidik kami

Berusaha dan berbakti
Membentuk peribadi
Berdisiplin dan berwawasan
Seluruh warga di sini

Sri Jerai terus maju
Seiring zaman dan waktu
Tuntutlah ilmu dan amalkan
Itulah pegangan kami

Mesyuarat PTK

Kepada semua guru diwajibkan hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai PTK bagi tahun 2010. Harap maklum

Tarikh: 23 Februari 2010
Masa: 1.30 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat

Logo Sekolah


Moto: Tuntutlah Ilmu dan Amalkan

Obor: Lambang kemenangan dan kegemilangan
Tangan: Lambang permuafakatan warga sekolah
Gandar: Lambang era teknologi dan wawasan

Warna biru: Lambang kedamaian dan ketenangan jiwa
Warna hijau: Lambang keheningan persekitaran
Warna merah: Lambang iltizam dan kekuatan yang tinggi
Warna kuning: Lambang kesetiaan dan disiplin kendiri

Sunday, February 21, 2010

Ujian Bulan Februari 2010

Tarikh: 22 - 24 Februari 2010
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Subjek: Bahasa Melayu, Matematik, English, Agama Islam, Sains


Wednesday, February 10, 2010

Ciri-ciri Guru Berkesan

Ciri-ciri guru berkesan mengikut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah ialah;
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi "Guru mengajar murid belajar".
12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&p di sekolah.

Visi & Misi SKSJ

Visi

Sekolah Kebangsaan Sri Jerai Menjadi Sekolah Cemerlang Dalam Daerah Kuala Muda / Yan Pada 2010


Misi

Untuk merealisasikan visi, kami warga SK Sri Jerai berazam:
  • Memimpin,
* Memimpin, mengurus dan mentadbir dengan penuh iltizam.
* Meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam kurikulum.
* Melibatkan pelajar secra aktif dalam kokurikulum.
* Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang mulia.
Menjalinkan perhubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti sekolah.
* Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.

Sejarah Penubuhan SKSJ

Sejarah SK Sri Jerai (SKSJ) bermula sebaik sahaja SK Gurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini adalah Encik Abd. Rahman.

Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah di mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.

Bangunan pertama sekolah ini adalah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Disitulah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina (1990 - Blok B).

SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek.

Pentadbiran SKSJ 2010

Pengerusi
Guru Besar
Pn. Fatimah binti Masaud

Naib Pengerusi
Penolong Kanan Kurikulum
En. Che Azmy bin Ramli

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Hasni binti Zakaria

Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Rahaida binti Abdul Majid

Pembantu Tadbir Kanan
Cik Norani binti Bidin

Pembantu Tadbir (Kewangan)
Pn. Fauzah binti Yusoff

Pembantu Tadbir (P/O)
Pn. Zabidah binti Ghazali

Juruteknik Komputer
En. Mohd. Fitri bin Mat Radhi

Pembantu Pengurusan Murid
Prasekolah Gemilang
Pn. Norazimah binti Ahmad

Pembantu Pengurusan Murid
Prasekolah Sinaran
Pn. Rosni binti Ismail

Pembantu Am Pejabat
En. Shahrulnizam bin Baharom

Pekerja Rendah Am:
En. Zakaria bin Othman
En. Sukri bin Yahaya
En. Razali bin Taib
En. Roslan bin Ahmad

Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah