Sejarah SK Sri Jerai (SKSJ)bermula sebaik sahaja SKGurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolahyangbaru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini adalah Encik Abd. Rahman.
Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah di mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.
Bangunan pertama sekolah ini adalah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Disitulah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina(1990 - Blok B).
SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek.
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah: 1. Fail Induk PKB 2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran 3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran 4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid 5. Fail Pemantauan Prestasi Murid 6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid 7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru 8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah 9. Minit Mesyuarat Guru 10. Minit Mesyuarat semua panitia 11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 12. Jadual Waktu Induk 13. Takwim Sekolah
Asma Ul-Husna
Perdana Menteri
Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak