Panorama SKSJ
Pengumuman
Tuesday, June 29, 2010
Thursday, June 24, 2010
Bacaan Yasin Bersama Waris Tahun 6
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Surau SKSJ
* Bacaan Yasin untuk murid-murid Tahun 6 bersama-sama guru-guru SKSJ dan waris.
Semoga Allah memberkati hendaknya. Amin...
Monday, June 21, 2010
Sasaran celik komputer tercapai
pendidikan@utusan.com.my
LIMA BELAS tahun dahulu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita futuristik - Pelajar bawa disket ke sekolah 2010.
Pada ketika itu, segelintir daripada kita terrfikir bahwa disket akan menggantikan buku. Lebih 'terlampau' lagi, ada yang mula musykil dengan peranan guru pada era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Rupa-rupanya tidak jadi begitu - kerana sekarang baru kita benar-benar faham bahawa ICT hanya pengupaya dan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Selang dua atau tiga tahun kemudian, disket sudah tidak relevan kerana kapasiti terhad. Maka, selepas itu muncul pula CD-ROM. Masa terus berubah, muncul pula pen drive, blue tooth dan broadband dan sebagainya - sehingga kita 'tak terkejar' akan kepantasan teknologi itu.
Kini, semuanya ada. Macam-macam ada. Yang pasti, peranan guru tetap nombor satu. Reka bentuk teknologi berubah dengan pantas, dan pengisian juga diubah suai dengan keperluan teknologi itu. Ada juga yang berpendapat sebaliknya, teknologi itu sendiri yang berubah mengikut perubahan kandungan. Waima apa pun, teknologi tetap berubah.
Apa yang saya rasai ialah aplikasi boleh diterima dengan cepat, tetapi tidak dengan integrasi. Mungkin pada 15 tahun yang lalu, kita tidak cukup pengetahuan bahawa aplikasi dan integrasi adalah dua disiplin ilmu yang berbeza. Kandungan pula adalah roh yang dikandung oleh aplikasi dan integrasi. Sungguh rumit dan banyak kerjanya.
Sebab itulah, banyak perdebatan yang meletakkan kepentingan kepada salah satu, atau gabungan dua, atau gandingan ketiga-tiganya - iaitu aplikasi, integrasi dan kandungan - oleh pelbagai cendekiawan yang pelbagai latar belakang ilmunya.
ICT merupakan komponen yang sangat penting dalam pendidikan. Bukan sahaja ICT dapat membantu pelajar menimba ilmu tanpa batasan, tetapi menjadikan mereka lebih cekap dan cepat menyiapkan sesuatu tugasan.
Dengan beberapa perisian dan perkakasan yang sesuai, pekerjaan bukan sahaja menjadi lebih cepat, tetapi juga lebih kemas, kurang berlakunya kesilapan bahasa, bahan boleh dimanipulasi sehingga menimbulkan impak yang tertentu serta menyeragamkan pemahaman tentang sesuatu perkara oleh pelbagai latar belakang khalayak.
Secara umumnya, program pembestarian sekolah telah berjaya mengatasi satu isu - celik komputer dan merapatkan jurang digital - atau aplikasi.
Perkara ini boleh dilihat kepada indeks penggunaan serta jumlah perdagangan IT dan transaksi komunikasi yang bertambah lebih sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Kita perlu mengambil kesempatan daripada pencapaian ini untuk memujuk para pemegang saham untuk terus melabur tenaga, masa dan sumber dalam usaha program pembestarian sekolah yang sedang giat berjalan sekarang melalui apa yang dikenali sebagai Jerayawara Pembestarian Sekolah.
Melalui pengamatan Program Jerayawara Pembestarian Sekolah di Pulau Pinang dan Pahang, maka dapat dirasai bahawa kesedaran ibu bapa untuk menyokong program ICT di sekolah anak masing-masing agak rendah. Hal ini kerana kedatangan ibu bapa yang agak mengecewakan.
Namun, hal ini tidak bermakna ibu bapa tidak tahu menahu langsung tentang ICT. Malah sebahagian ibu memberitahu mereka menggunakan Internet untuk menyebarluaskan produk perniagaan industri kecil dan sederhana mereka. Ada juga yang baru hendak berjinak-jinak dan menunjukkan minat yang luar biasa.
Hal ini membuktikan bahawa apa sahaja yang memudahkan, akan dapat diterima. Fenomenanya seperti kejayaan AirAsia melalui tempahan tiket dalam talian atau Maybank2U dalam transaksi perbankan.
Formula kejayaan yang sama itu boleh dikongsi bersama-sama dalam menjayakan program pembestarian sekolah, khususnya yang melibatkan ibu bapa dan ketua masyarakat setempat.
Kejayaan bersama ini seharusnya melibatkan masyarakat, sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai pendidikan di negeri dan pihak industri.
Sejauh mana penglibatan pihak yang disebutkan ini sangat kritikal untuk mewujudkan pertautan yang seimbang, sejajar dengan hasrat memupuk agenda ICT merentas cara hidup.
Dalam edisi rangka kerja sekolah bestari 2005 - 2020, terdapat empat objektif yang hendak dicapai menjelang tahun 2020 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti, bahan P&P yang berkualiti untuk semua, mengecilkan jurang maklumat dan pembangunan sumber tenaga manusia melalui ICT.
Setelah melalui tiga gelombang sebelum ini - perintisan (1999-2002), pasca perintisan (2001-2005) dan pembestarian sekolah (2005-2010), didapati sebahagian daripada odisi itu sudah tercapai, khususnya usaha mengurangkan jurang maklumat.
Hal ini bukan sahaja berlaku akibat kesan program khusus sekolah bestari, tetapi juga melalui program nasional yang digerakkan sendiri oleh kerajaan sejak era Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga sekarang.
Namun begitu, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan sebenarnya kita berada dalam tempoh masa yang kritikal. Sesuatu yang konkrit mesti dilaksanakan dan digerakkan supaya gelombang ketiga dapat dilaksanakan sepenuhnya, sebelum memasuki gelombang keempat iaitu menjadikan teknologi sebagai pengupaya sepenuhnya dalam P&P (2010-2020).
Semoga semua pihak memberi sokongan padu kepada program Jerayawara Pembestarian Sekolah.
Thursday, June 17, 2010
Guru Bertugas Cuti Pertengahan Tahun 2010
En. Azanian bin Othman
Pn. Noor Hazaina binti Mohamad Yusoff
Pn. 'Aifaa Hani binti Abdul Razak
7 Jun / Isnin
En. Yusof bin Abas
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Pn. Suraini binti Ghazali
8 Jun / Selasa
Pn. Kartini binti Bakar
Pn. Iza Azriza binti Aziz
Pn. Hilminah binti Haron
9 Jun / Rabu
En. Zainol bin Hashim
Pn. Asmah binti Abdullah
Pn. Ajora binti Jamaluddin
10 Jun / Khamis
Pn. Azizah binti Osman
Pn. Fatimah binti Ahmad
13 Jun / Ahad
Pn. Nor Aziyan binti Man
Pn. Joriyah binti Ahmad
En. Mohd. Sukor bin Shaari
14 Jun / Isnin
Pn. Natrah binti Bakar
Pn. Norhayati binti Saa'don
15 Jun / Selasa
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Roslidza binti Daud
Pn. Zuraida binti Abdul Manas
Pn. Harlina binti Nordin
16 Jun / Rabu
En. Mohd. Rodzi bin Abdullah
Pn. Noor Hayu binti Ramli
Pn. Kamelia binti Abdullah
17 Jun / Khamis
En. Jahaya bin Sulong
Pn. Ijlalnuni binti Abdul Ghani
Pn. Maimunah binti Amir Hasan
Wednesday, June 16, 2010
Jadual Kelas Tambahan Tahun 6 2010
6J: Rozana binti Ibrahim (Sains)
6M: Che Azmy bin Ramli (Bahasa Melayu)
6U: Mohd. Nazri bin Saad (Matematik)
ISNIN / 7 Jun
6J: Nor Asilah binti Ab. Manaf (Matematik)
6M: Abdul Razak bin Ahmad (Matematik)
6U: Rozana binti Ibrahim (Sains)
SELASA / 8 Jun
6J: Tan Tick Seng (English), Yusof bin Md. Saman (Bahasa Melayu)
6M: Nor Azah binti Abu Bakar (English)
6U: Fakinah binti Othman (Bahasa Melayu)
RABU / 9 Jun
6J: Tan Tick Seng (English), Rozana binti Ibrahim (Sains)
6M: Zuraikhan binti Abdul Rahman (Sains), Che Azmy bin Ramli (Bahasa Melayu)
6U: Fakinah binti Othman (Bahasa Melayu)
KHAMIS / 10 Jun
6J: Yusof bin Md. Saman (Bahasa Melayu)
6M: Zuraikhan binti Abdul Rahman (Sains)
6U: Yusoff bin Ismail (English)
Tuesday, June 1, 2010
Peperiksaan PTK untuk guru-guru dan staf
Generik & Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) - SMK Sg. Layar
Guru Mata Pelajaran - SMK Gurun
9 Jun:
Generik & Penolong Kanan Kokurikulum - SMK Sg. Layar
Generik & Guru Mata Pelajaran - SMK Gurun
10 Jun:
Generik & Guru mata Pelajaran - SMK Gurun
* Guru-guru yang terlibat:
Pn. Kartini binti Bakar
Pn. Maimunah binti Amir Hasan
En. Ab. Razak bin Ahmad
Pn. Joriyah binti Ahmad
En. Mohd. Sukor bin Shaari
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Noor Hazaina binti Mohamad Yusoff
Pn. Nor Aziyan binti Man
Pn. Kamelia binti Abdullah
En. Tan Tick Seng
Pn. Ijlalnuni binti Abd. Ghani
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Pn. Norhayati binti Saa'don
Pn. Hasni binti Zakaria
En. Yusof bin Md. Saman
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf
Pn. Rahaida binti Abd. Majid
En. Mohd. Rodzi bin Abdullah
Pn. Harlina binti Nordin
Pn. Hilminah binti Haron
* Staf yang terlibat:
Pn. Rosni binti Ismail
Pn. Norazimah binti Ahmad
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah