Pengumuman
Perhatian!!
Hari Usahawan kembali lagi
Banyak gerai-gerai dan aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan.
Menarik,sangat menarik.
Jangan lupa bawa semua ahli keluarga anda untuk memeriahkan Hari Usahawan SKSJ.
Yang paling penting, kemasukan adalah PERCUMA.
WAH,MASUK PERCUMA
Jangan ketinggalan hari yang meriah ini.
Tanggal 10 September 2013, bermulalah perjuangan murid-murid Tahun 6 SKSJ dalam menempoh cabaran pertama dalam dunia pendidikan yang merupakan peperiksaan yang menjadi kesukaan murid-murid Tahun 6 semua negeri iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pagi 10 September 2013, murid-murid Tahun 6 SKSJ berkumpul di perkarangan dewan bagi mendengar amanat terakhir dari wakil guru Tahun 6, Guru Besar dan YDP PIBG sebelum memulakan perjuangan.Ustaz Zamferi mengetuai bacaan doa memohon kecemerlangan semua murid SKSJ dalam UPSR tahun ini.
Sebelum memasuki dewan peperiksaan, semua murid menghulur tangan memohon kemaafan dan restu dari semua guru kelas Tahun 6. Bermacam-macam raut wajah yang terpancar jelas kelihatan pada setiap murid. Ada yang masam, ada yang seronok, ada yang yakin dan ada juga yang gementar.
Apa-apa pun kita doakan agar mereka tenang dalam menjawab setiap soalan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2013.Amin
Maju SKSJ untuk negara..
Semua guru diminta mengisi maklumat SGM secara offline. Maklumat tersebut hendaklah diSAVE dan dihantar ke Pejabat untuk pengumpulan semua maklumat tersebut.
Harap maklum. Terima kasih.
Tarikh tutup: 23 Disember 2010 (Khamis)
Pengerusi
Pn. Fatimah binti Masaud
Guru Besar
Naib Pengerusi I
En. Che Azmy bin Ramli
Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi II
Pn. Hasni binti Zakaria
Penolong Kanan HEM
Setiausaha
Pn. Noor Hazaina binti Mohammad Yusoff
Guru PrasekolahGemilang
Penolong Setiausaha
Pn. 'Aifaa Hani binti Abd. Razak
Guru Prasekolah Sinaran
Bendahari
Pn. Norazimah binti Ahmad
PPM Prasekolah Gemilang
Penolong Bendahari
Pn. Rosni binti Ismail
PPM Prasekolah Sinaran
Tarikh: 13 November 2010 / Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Sepanjang Sungai Sg. Petani
"Air Dihargai, Sungai Dicintai"
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah