Panorama SKSJ
Pengumuman
Wednesday, December 22, 2010
Pengisian Maklumat SGM
Sunday, December 19, 2010
Carta Organisasi Prasekolah 2010
Tuesday, November 16, 2010
Jamuan Akhir Tahun 2010
Masa: 2.30 - 5.00 petang
Tempat: Mahkota 1, Sungai Petani Inn
* Semua guru dan staff dijemput hadir
Monday, November 15, 2010
Hari Anugerah Cemerlang
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKSJ
Monday, November 1, 2010
Hari Tunas Usahawan & Discover ICT
Tarikh: 31 Oktober 2010 / Ahad
Masa: 8.00 pagi - 12.45 tengah hari
Tempat: SK Sri Jerai, Gurun, Kedah
Pameran ICT ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar, guru serta komuniti setempat terhadap teknologi maklumat selain menambah ilmu pengetahuan mengenai teknologi jalur lebar serta perkembangan teknologi maklumat. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan Fasilitator SchoolNet kepada komuniti setempat.
Pameran ICT ini bertujuan:
1. Meningkatkan pengetahuan berkaitan ICT dan teknologi jalur lebar.
2. Memupuk minat terhadap penggunaan peralatan ICT dalam kehidupan seharian.
3. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ICT dan jalur lebar pada masa kini.
4. Merapatkan hubungan Fasilitator Schoolnet dengan warga sekolah dan setempat.
Aktiviti yang bakal diadakan:
1. Ceramah daripada Cyber Security
2. Pameran
- Peralatan Komputer
- Pembekal Broadband
- Poster ICT
- Permainan Scrabble untuk pelajar Tahun 6
- Crossword ICT bagi pelajar Tahap 2
- Wordsearch ICT bagi pelajar Tahap 1
Pameran ini dianjurkan oleh SK Sri Jerai dengan kerjasama Pegawai Fasilitator Schoolnet Daerah Kuala Muda/Yan sempena memeriahkan Hari Tunas Usahawan 2010. Pameran ini sebagai inisiatif untuk menarik minat serta memberi pendedahan kepada guru, murid serta komuniti setempat mengenai teknologi ICT.
Sunday, October 3, 2010
Kem Akil Baligh
3, 4 dan 5 Oktober 2010 (Ahad, Isnin dan Selasa)
Tempat:
Bilik Mesyuarat, SKSJ
Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling
bersama Panitia Agama Islam SKSJ
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: Pn. Fatimah binti Masaud
Pengerusi: Pn. Hasni binti Zakaria
Naib Pengerusi I: En. Che Azmy bin Ramli
Naib Pengerusi II: Pn. Rahaida binti Abdul Majid
Setiausaha: Pn. Joriyah binti Ahmad
Penolong Setiausaha: Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Bendahari: Pn. Fatimah binti Ahmad
Penolong Bendahari: En. Mohd. Nasri bin Bakar
JAWATANKUASA KERJA
Persiapan Tempat:
En. Yusof bin Md. Saman
En. Yusoff bin Ismail
Pn. Azizah binti Osman
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf
Pn. Fakinah binti Othman
Pn. Zuraikhan binti Ab. Rahman
Pn. Joriyah binti Ahmad
Pn. Rozana binti Ibrahim
Pn. Noor Azah binti Abu Bakar
Pembaca Doa:
En. Mohd. Sukor bin Shaari
Fasilitator:
En. Mohd. Nasri bin Bakar
En. Sukor bin Shaari
Pn. Joriyah binti Ahmad
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Fatimah binti Ahmad
Pn. Zuraida binti Abdul Manas
Pn. Azizah binti Osman
Pn. Suraini binti Ghazali
Pn. Noor Hayu binti Ramli
Pn. Norhayati binti Saa'don
Imam Solat
En. Mohd. Sukor bin Shaari
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Siaraya
En. Mohd. Fitri bin Mat Radhi
En. Abd. Razak bin Ahmad
Pendaftaran / Taklimat
Pn. Fatimah binti Ahmad
Pn. Joriyah binti Ahmad
Jurukamera
Pn. Noor Azyanti binti Abu Bakar
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Brosur / Dokumentasi
Pn. Joriyah binti Ahmad
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Tuesday, September 21, 2010
Mesyuarat JK Hari Tunas Usahawan
Masa: 10.15 pagi
Tempat: Bilik Mesuarat, SKSJ
* Guru-guru berkenaan diminta hadir.
Guru Besar, PK 1, PK HEM, PK KK
Pn. Ajora binti Jamaluddin
En. Azanian bin Othman
Pn. Fakinah binti Othman
En. Jahaya bin Sulong
Pn. Maimunah binti Amir Hassan
En. Mohd. Nasri bin Bakar
En. Mohd. Sukor bin Shaari
Pn. Natrah binti Bakar
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf
Pn. Norhayati binti Saa'don
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Roslidza binti Daud
Pn. Rozana binti Ibrahim
Pn. Kamelia binti Abdullah
En. Tan Tick Seng
En. Yusof bin Abas
En. Yusoff bin Ismail
Pn. Zuraikhan binti Ab. Rahman
Pn. Iza Azriza binti Aziz
Pn. Kartini binti Bakar
Jamuan Hari Raya 2010
28 September 2010 / Selasa
Masa:
Murid --> 9.45 - 11.30 pagi
Guru --> 12.45 - 1.45 tengah hari
Tempat:
Murid --> Kelas
Guru --> Kantin
Persembahan Murid:
11.30 pagi - 12.15 tengah hari
Gotong-royong: Kebersihan & Keceriaan Pejabat
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pejabat SKSJ
* Semua Penolong Kanan & Staf Sokongan
Sunday, September 5, 2010
Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 10.45 pagi - 1.15 tengah hari
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKSJ
"1 Malaysia Menjana Transformasi"
Thursday, September 2, 2010
Monday, August 23, 2010
Sunday, August 22, 2010
Majlis Ceramah Sempena Ramadhan 1431H / 2010M
15 Ogos 2010 / Ahad
Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Jawatankuasa MAKDIS SKSJ
Penceramah:
En. Muhd. Wadi Annuar bin Ayob
"Marhaban Ya Ramadhan dalam sinar MaghfirahMu kerana akulah yang kerdil sentiasa memohon lembayung rahmat kemaafan di atas segala kelalaian dalam mengingatiMu....."
LDP: Literasi Publisher
Thursday, August 19, 2010
LDP: Literasi Publisher
Masa: 2.30 - 5.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SKSJ
* Semua guru diwajibkan hadir
Tuesday, August 3, 2010
LDP: Pengurusan Prestasi
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, SKSJ
**Semua guru dan staf sokongan diWAJIBkan hadir.
Siber Lestari
Tarikh | 7 Ogos 2010 / Sabtu ( 8.00-5.30 petang)
Tempat | Dataran SK Seri Aman, 08100 Bedong, Kedah Darul Aman
Pameran ICT ini bertujuan untuk mendedahkankepada para pelajar, guru-guru serta komuniti setempat terhadap teknologi maklumat selain menambah pengetahuan mereka mengenai penggunaan internet serta perkembangan teknologi terkini. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan Fasilitator SchoolNet kepada komuniti setempat.
Pameran ICT ini bertujuan:
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan ICT dan teknologi jalur lebar kepada murid dan komuniti setempat.
- Memupuk minat terhadap penggunaan peralatan ICT dalam kehidupan seharian.
- Membantu komuniti setempat terhadap permasalahan berkaitan ICT dan jalur lebar.
- Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ICT dan jalur lebar pada masa kini.
- Merapatkan hubungan Fasilitator Schoolnet dengan warga setempat.
Aktiviti yang bakal diadakan:
- Pameran peralatan ICT
- Tips penjagaan komputer
- virus dan antivirus
- kuis dan permainan interaktif
- khidmat runding IT
- persembahan multimedia
- Layari internet
Pameran ini dianjurkan oleh SK Seri Aman, Bedong dengan kerjasama Pegawai Fasilitator Schoolnet Daerah Kuala Muda/Yan sempena memeriahkan Karnival Kokurikulum SKSA 2010. Pameran ini sebagai inisiatif untuk menarik minat serta memberi pendedahan kepada guru, murid serta komuniti setempat mengenai teknologi ICT.
**Jom ramai-ramai kita meriahkan program ini.....
Monday, July 26, 2010
Ujian Bulan Julai 2010
TARIKH | MASA | MATAPELAJARAN |
SELASA 27.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) 10.20 - 11.20 (1jam) 11.40 - 12.40 (1jam) | BM - Pemahaman BM - Penulisan (Th. 3) P.Islam, P.Moral |
RABU 28.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) 10.30 - 11.30 (1jam) | Matematik B.Inggeris |
KHAMIS 29.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) | Sains |
Tahun 4 dan 5
TARIKH | MASA | MATAPELAJARAN |
SELASA 27.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) 10.20 - 11.20 (1jam) 11.40 - 12.40 (1jam) | BM - Pemahaman BM - Penulisan (Th. 3) P.Islam, P.Moral |
RABU 28.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) 10.30 - 11.30 (1jam) | Matematik B.Inggeris |
KHAMIS 29.07.2010 | 8.00 - 9.00 (1jam) | Sains |
Sunday, July 25, 2010
Pertandingan Kuiz ICT Schoolnet 2010 Peringkat Sekolah
Tarikh | 26 - 28hb Julai 2010
Program ini adalah salah satu pendekatan yang ingin didedahkan menerusi projek Program Schoolnet untuk mengenali apa itu ICT dan penggunaannya. Pertandingan ini melibatkan kuiz berbentuk menjawab soalan objektif secara online. Kuiz ini melibatkan soalan – soalan umum yang mudah dan menarik bertemakan “Dunia ICT”. Pertandingan ini juga merupakan sumbangsaran bagi Projek Schoolnet untuk meningkatkan penggunaan rangkaian jalur lebar SchoolNet dalam sistem pembelajaran di sekolah.
Objektif program ini adalah untuk
• Membantu semua murid mengenali ICT dan Schoolnet.
• Memberi pendedahan mengenai dunia ICT.
• Melahirkan murid yang berminat dengan ICT.
• Menyedarkan para murid mengenai betapa pentingnya mempelajari ICT.
• Membentuk murid yang bertanggungjawab ke arah kemajuan Negara dalam bidang ICT.
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan kesedaran penggunaan dan pembelajaran ICT di kalangan murid sekolah rendah. Aktiviti ini juga secara tidak rangsung dapat meningkatkan taraf pendidikan dan pemahaman mengenai kepentingan ICT dan kegunaan Rangkaian Schoolnet di sekolah rendah.
Monday, July 19, 2010
Ulang Tahun Kelahiran PK 1 (En. Che Azmy)
Monday, July 12, 2010
Thursday, July 8, 2010
Mesyuarat Induk Kokurikulum Kali Ke-2
Masa: 1.15 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, SKSJ
* Kehadiran semua guru diwajibkan. Harap maklum.
Wednesday, July 7, 2010
Ujian Bulan Julai 2010
- Ujian bulan Julai akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Julai 2010. Dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
- Diminta semua guru yang mengajar pelajaran teras termasuk Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral menyediakan soalan mulai sekarang.
- Ujian Percubaan UPSR 2010 juga akan diadakan pada tarikh tersebut.
Monday, July 5, 2010
Karnival SchoolNet Attack
Masa : 8.00 pagi - 3.30 petang
Tempat: SMK Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah
PENGENALAN | Karnival SchoolNet Attack ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar, guru-guru serta komuniti setempat terhadap teknologi maklumat selain menambah pengetahuan mereka mengenai penggunaan Internet serta perkembangan teknologi terkini. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan Fasilitator SchoolNet kepada komuniti setempat.
TUJUAN | Karnival SchoolNet Attack ini bertujuan :
a) Meningkatkan pengetahuan berkaitan ICT dan teknologi broadband kepada para pelajar dan komuiti setempat.
b) Memupuk minat terhadap penggunaan peralatan ICT dalam kehidupan seharian.
c) Membantu komuniti setempat terhadap permasalahan berkaitan ICT dan broadband.
d) Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ICT dan broadband pada masa kini.
e) Merapatkan hubungan Fasilitator Schoolnet dengan warga setempat.
AKTIVITI | Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini adalah ;
• Pameran ICT dari Fasilitator Schoolnet dan syarikat luar
• Penggunaan Internet secara percuma
• Penerangan mengenai aplikasi dalam talian/Internet
• Demonstrasi pemasangan komputer
• Kuiz dan permainan ICT
• Penerangan mengenai ICT/Schoolnet
• Cyber security
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM |
Senarai ahli jawatankuasa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau:
Pengetua : Ungku Aznan bin Ungku Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran : Bah Hock Guan
Penolong Kanan HEM : Mohd Nazri bin Shahidan
Penolong Kanan Kokurikulum : Basir bin Md Rejab
Guru Kanan Bahasa : Wan Norazah bt Megat Darus
Guru Kanan Kemanusiaan : Teh Koon Hock
Guru Kanan Sains Matematik : Che Sam bt Md Isa
Guru Kanan Teknik Vokasional : Valleammal A/P Doraisingam
Senarai nama Penyelaras GTL School (PGS), GITN Sdn.Bhd., Negeri Kedah.:
1. Mohd Hazman bin Ahmad Zainuddin
2. Rosnizan bin Rahim
3. Suhairah binti Abdul Mutalib
Senarai nama Fasilitator SchoolNet Daerah Kuala Muda/Yan:
1. Jawariah bt Abdul Rani
2. Dalilah bt Tajudin
3. Nurun Sahida bt Ahmad
4. Zahirah bt Adnan
5. Nooraini bt Roslan
6. Liyana Hazwani bt Johari
7. Nurul Asyiqin bt Abdul Wahab
8. Noor Azyanti bt Abu Bakar
9. Nur Fuadiah bt Mohd Yusoff
10.Siti Iryani bt Ismail
11.Parteeban a/l M Varatharajoo
12.Mohd. Saifullizam b. Mohd. Zukhi
13.Mohamad Asrul b. Zakaria
14.Muhamad Tarmizi b. Abdul Wahab
15.Mohd Shukur bt Abdul Khalil
Senarai ahli jawatankuasa Fasilitator Schoolnet pada hari program;
Penyelaras : Jawariah bt Abdul Rani
Setiausaha : Zahirah bt Adnan
Bendahari : Noor Azyanti bt Abu Bakar
1. AJK PENDAFTARAN DAN PROMOSI
i. Mohd.Shukur b. Abdul Khalil
ii. Nurun Sahida bt Ahmad
iii. Liyana Hazwani bt Johari
2. AJK PENAJA DAN HADIAH
i. Mohamad Asrul b. Zakaria
ii. Mohd. Saifullizam b. Mohd. Zukhi
iii. Nur Fuadiah bt Mohd Yusoff
iv. Jawariah bt Abdul Rani
3. AJK PERALATAN DAN TEMPAT
i. Zahirah bt Adnan
ii. Muhamad Tarmizi b. Abdul Wahab
iii. Mohd Shukur bt Abdul Khalil
4. AJK DOKUMENTASI
i. Parteeban a/l M Varatharajoo
ii. Nurul Asyiqin bt Abdul Wahab
iii. Siti Iryani bt Ismail
5. AJK MAKANAN
i. Nooraini bt Roslan
ii. Jawariah bt Abdul Rani
iii. Dalilah bt Tajudin
PROGRAM | Berikut adalah aturcara program yang akan dijalankan pada hari berkenaan ;
8:00am – 3:00pm | Pameran ICT (Dewan / Booth Pameran)
8:00 am | Upacara Perasmian Karnival Schoolnet Attack (Dewan)
Penerangan mengenai Schoolnet (Dewan)
Ceramah dari Cyber Security (Dewan)
8:00 am | Pameran ICT (Booth Pameran)
Pertandingan Scrabble (Makmal komputer)
11:00 am | Demontrasi Pemasangan komputer (Booth Pameran)
11:30 am | Kuiz dan Permainan ICT (Booth Pameran)
12:00 pm | Penggunaan Internet dan aplikasi dalam talian (Booth Pameran)
02:30 pm | Upacara Penutup Karnival Schoolnet Attack (Dewan)
Cabutan Bertuah (Dewan)
Penyampaian hadiah (Dewan)
03.30 pm | Bersurai
KESIMPULAN | Tahap penggunaan ICT dan perkhidmatan jalur lebar atau broadband terutamanya di kawasan luar bandar di negara ini masih rendah. Justeru, khidmat ICT dan broadband komuniti ini diharap dapat memberi keyakinan kepada penduduk setempat dan warga sekolah terhadap kepentingan ICT & broadband dan penggunaannya yang dapat memberikan manfaat kepada semua. Dengan adanya program seumpama ini dapat mendekatkan lagi komuniti dengan Fasilitator SchoolNet.
* Semua dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini.
Kelas ICT
Masa: 1.15 - 2.15 petang
Tempat: Makmal Komputer, SKSJ
* Kumpulan sasaran: Kumpulan 6
Semua murid yang terlibat diWAJIBkan hadir.
Tuesday, June 29, 2010
Thursday, June 24, 2010
Bacaan Yasin Bersama Waris Tahun 6
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Surau SKSJ
* Bacaan Yasin untuk murid-murid Tahun 6 bersama-sama guru-guru SKSJ dan waris.
Semoga Allah memberkati hendaknya. Amin...
Monday, June 21, 2010
Sasaran celik komputer tercapai
pendidikan@utusan.com.my
LIMA BELAS tahun dahulu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita futuristik - Pelajar bawa disket ke sekolah 2010.
Pada ketika itu, segelintir daripada kita terrfikir bahwa disket akan menggantikan buku. Lebih 'terlampau' lagi, ada yang mula musykil dengan peranan guru pada era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Rupa-rupanya tidak jadi begitu - kerana sekarang baru kita benar-benar faham bahawa ICT hanya pengupaya dan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Selang dua atau tiga tahun kemudian, disket sudah tidak relevan kerana kapasiti terhad. Maka, selepas itu muncul pula CD-ROM. Masa terus berubah, muncul pula pen drive, blue tooth dan broadband dan sebagainya - sehingga kita 'tak terkejar' akan kepantasan teknologi itu.
Kini, semuanya ada. Macam-macam ada. Yang pasti, peranan guru tetap nombor satu. Reka bentuk teknologi berubah dengan pantas, dan pengisian juga diubah suai dengan keperluan teknologi itu. Ada juga yang berpendapat sebaliknya, teknologi itu sendiri yang berubah mengikut perubahan kandungan. Waima apa pun, teknologi tetap berubah.
Apa yang saya rasai ialah aplikasi boleh diterima dengan cepat, tetapi tidak dengan integrasi. Mungkin pada 15 tahun yang lalu, kita tidak cukup pengetahuan bahawa aplikasi dan integrasi adalah dua disiplin ilmu yang berbeza. Kandungan pula adalah roh yang dikandung oleh aplikasi dan integrasi. Sungguh rumit dan banyak kerjanya.
Sebab itulah, banyak perdebatan yang meletakkan kepentingan kepada salah satu, atau gabungan dua, atau gandingan ketiga-tiganya - iaitu aplikasi, integrasi dan kandungan - oleh pelbagai cendekiawan yang pelbagai latar belakang ilmunya.
ICT merupakan komponen yang sangat penting dalam pendidikan. Bukan sahaja ICT dapat membantu pelajar menimba ilmu tanpa batasan, tetapi menjadikan mereka lebih cekap dan cepat menyiapkan sesuatu tugasan.
Dengan beberapa perisian dan perkakasan yang sesuai, pekerjaan bukan sahaja menjadi lebih cepat, tetapi juga lebih kemas, kurang berlakunya kesilapan bahasa, bahan boleh dimanipulasi sehingga menimbulkan impak yang tertentu serta menyeragamkan pemahaman tentang sesuatu perkara oleh pelbagai latar belakang khalayak.
Secara umumnya, program pembestarian sekolah telah berjaya mengatasi satu isu - celik komputer dan merapatkan jurang digital - atau aplikasi.
Perkara ini boleh dilihat kepada indeks penggunaan serta jumlah perdagangan IT dan transaksi komunikasi yang bertambah lebih sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Kita perlu mengambil kesempatan daripada pencapaian ini untuk memujuk para pemegang saham untuk terus melabur tenaga, masa dan sumber dalam usaha program pembestarian sekolah yang sedang giat berjalan sekarang melalui apa yang dikenali sebagai Jerayawara Pembestarian Sekolah.
Melalui pengamatan Program Jerayawara Pembestarian Sekolah di Pulau Pinang dan Pahang, maka dapat dirasai bahawa kesedaran ibu bapa untuk menyokong program ICT di sekolah anak masing-masing agak rendah. Hal ini kerana kedatangan ibu bapa yang agak mengecewakan.
Namun, hal ini tidak bermakna ibu bapa tidak tahu menahu langsung tentang ICT. Malah sebahagian ibu memberitahu mereka menggunakan Internet untuk menyebarluaskan produk perniagaan industri kecil dan sederhana mereka. Ada juga yang baru hendak berjinak-jinak dan menunjukkan minat yang luar biasa.
Hal ini membuktikan bahawa apa sahaja yang memudahkan, akan dapat diterima. Fenomenanya seperti kejayaan AirAsia melalui tempahan tiket dalam talian atau Maybank2U dalam transaksi perbankan.
Formula kejayaan yang sama itu boleh dikongsi bersama-sama dalam menjayakan program pembestarian sekolah, khususnya yang melibatkan ibu bapa dan ketua masyarakat setempat.
Kejayaan bersama ini seharusnya melibatkan masyarakat, sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai pendidikan di negeri dan pihak industri.
Sejauh mana penglibatan pihak yang disebutkan ini sangat kritikal untuk mewujudkan pertautan yang seimbang, sejajar dengan hasrat memupuk agenda ICT merentas cara hidup.
Dalam edisi rangka kerja sekolah bestari 2005 - 2020, terdapat empat objektif yang hendak dicapai menjelang tahun 2020 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti, bahan P&P yang berkualiti untuk semua, mengecilkan jurang maklumat dan pembangunan sumber tenaga manusia melalui ICT.
Setelah melalui tiga gelombang sebelum ini - perintisan (1999-2002), pasca perintisan (2001-2005) dan pembestarian sekolah (2005-2010), didapati sebahagian daripada odisi itu sudah tercapai, khususnya usaha mengurangkan jurang maklumat.
Hal ini bukan sahaja berlaku akibat kesan program khusus sekolah bestari, tetapi juga melalui program nasional yang digerakkan sendiri oleh kerajaan sejak era Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga sekarang.
Namun begitu, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan sebenarnya kita berada dalam tempoh masa yang kritikal. Sesuatu yang konkrit mesti dilaksanakan dan digerakkan supaya gelombang ketiga dapat dilaksanakan sepenuhnya, sebelum memasuki gelombang keempat iaitu menjadikan teknologi sebagai pengupaya sepenuhnya dalam P&P (2010-2020).
Semoga semua pihak memberi sokongan padu kepada program Jerayawara Pembestarian Sekolah.
Thursday, June 17, 2010
Guru Bertugas Cuti Pertengahan Tahun 2010
En. Azanian bin Othman
Pn. Noor Hazaina binti Mohamad Yusoff
Pn. 'Aifaa Hani binti Abdul Razak
7 Jun / Isnin
En. Yusof bin Abas
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Pn. Suraini binti Ghazali
8 Jun / Selasa
Pn. Kartini binti Bakar
Pn. Iza Azriza binti Aziz
Pn. Hilminah binti Haron
9 Jun / Rabu
En. Zainol bin Hashim
Pn. Asmah binti Abdullah
Pn. Ajora binti Jamaluddin
10 Jun / Khamis
Pn. Azizah binti Osman
Pn. Fatimah binti Ahmad
13 Jun / Ahad
Pn. Nor Aziyan binti Man
Pn. Joriyah binti Ahmad
En. Mohd. Sukor bin Shaari
14 Jun / Isnin
Pn. Natrah binti Bakar
Pn. Norhayati binti Saa'don
15 Jun / Selasa
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Roslidza binti Daud
Pn. Zuraida binti Abdul Manas
Pn. Harlina binti Nordin
16 Jun / Rabu
En. Mohd. Rodzi bin Abdullah
Pn. Noor Hayu binti Ramli
Pn. Kamelia binti Abdullah
17 Jun / Khamis
En. Jahaya bin Sulong
Pn. Ijlalnuni binti Abdul Ghani
Pn. Maimunah binti Amir Hasan
Wednesday, June 16, 2010
Jadual Kelas Tambahan Tahun 6 2010
6J: Rozana binti Ibrahim (Sains)
6M: Che Azmy bin Ramli (Bahasa Melayu)
6U: Mohd. Nazri bin Saad (Matematik)
ISNIN / 7 Jun
6J: Nor Asilah binti Ab. Manaf (Matematik)
6M: Abdul Razak bin Ahmad (Matematik)
6U: Rozana binti Ibrahim (Sains)
SELASA / 8 Jun
6J: Tan Tick Seng (English), Yusof bin Md. Saman (Bahasa Melayu)
6M: Nor Azah binti Abu Bakar (English)
6U: Fakinah binti Othman (Bahasa Melayu)
RABU / 9 Jun
6J: Tan Tick Seng (English), Rozana binti Ibrahim (Sains)
6M: Zuraikhan binti Abdul Rahman (Sains), Che Azmy bin Ramli (Bahasa Melayu)
6U: Fakinah binti Othman (Bahasa Melayu)
KHAMIS / 10 Jun
6J: Yusof bin Md. Saman (Bahasa Melayu)
6M: Zuraikhan binti Abdul Rahman (Sains)
6U: Yusoff bin Ismail (English)
Tuesday, June 1, 2010
Peperiksaan PTK untuk guru-guru dan staf
Generik & Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) - SMK Sg. Layar
Guru Mata Pelajaran - SMK Gurun
9 Jun:
Generik & Penolong Kanan Kokurikulum - SMK Sg. Layar
Generik & Guru Mata Pelajaran - SMK Gurun
10 Jun:
Generik & Guru mata Pelajaran - SMK Gurun
* Guru-guru yang terlibat:
Pn. Kartini binti Bakar
Pn. Maimunah binti Amir Hasan
En. Ab. Razak bin Ahmad
Pn. Joriyah binti Ahmad
En. Mohd. Sukor bin Shaari
Pn. Norma binti Mohd. Ishak
Pn. Noor Hazaina binti Mohamad Yusoff
Pn. Nor Aziyan binti Man
Pn. Kamelia binti Abdullah
En. Tan Tick Seng
Pn. Ijlalnuni binti Abd. Ghani
En. Mohd. Nasri bin Bakar
Pn. Norhayati binti Saa'don
Pn. Hasni binti Zakaria
En. Yusof bin Md. Saman
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf
Pn. Rahaida binti Abd. Majid
En. Mohd. Rodzi bin Abdullah
Pn. Harlina binti Nordin
Pn. Hilminah binti Haron
* Staf yang terlibat:
Pn. Rosni binti Ismail
Pn. Norazimah binti Ahmad
Monday, May 31, 2010
KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN BAWAH 11 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA/YAN 2010
1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Hoki Terbuka Bawah 11 Tahun Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan 2010
2. PENGANJUR
PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail dengan kerjasama Unit Sukan PPD Kuala Muda/Yan
3. TARIKH KEJOHANAN
25 dan 26 Jun 2010
4. TEMPAT KEJOHANAN
Padang Astoturf Komplek Sukan Majlis Perbandaran Sungai Petani
5. PENYERTAAN
5.1 Terbuka kepada semua sekolah di Daerah Kuala Muda/Yan
5.2 Sekolah-sekolah jemputan, Daerah Baling/Sik dan Kulim/Bandar Baru
5.3 Terhad kepada 16 pasukan yang mendaftar awal.
5.4 Setiap sekolah diberi keutamaan kepada satu pasukan utama, pasukan kedua bergantung kepada jumlah had 16 pasukan.
5.5 Pemain-pemain terdiri daripada murid-murid Tahun 5 ke bawah ( 11 tahun )
5.6 Mengimport pemain daripada sekolah lain adalah tidak dibenarkan.
5.7 Bayaran Penyertaan; Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan RM100.00
6. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
6.1 Semua borang penyertaan hendaklah diterima oleh pihak pengajur selewat-lewatnya pada 20 Jun 2010
6.2 Borang penyertaan boleh juga dikirimkan melalui emel kepada; gurubesar.skti@gmail.com
7. PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 Pertandingan akan dijalan secara 7 sebelah.
7.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 10 orang pemain sahaja.
7.3 Pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan.
7.4 Masa pertandingan adalah 7 minit separuh masa pertama, 1 minit rehat dan 7 minit separuh masa kedua.
7.5 Masa pertandingan separuh akhir dan akhir, akan diputuskan oleh JK Penganjur.
7.6 Semua pemain yang berdaftar dibenarkan bermain.
7.7 Peraturan pertandingan mengikut Peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa serta perkara-perkara yang diputuskan oleh JK Pengajur.
8.1 Johan: RM250, Piala Pusingan Kejohanan, Medal dan Sijil Penyertaan.
8.2 N. Johan: RM150, Medal dan Sijil Penyertaan.
8.3 Ketiga: RM100, Medal dan Sijil Penyertaan.
8.4 Keempat: Medal dan Sijil Penyertaan.
8.5 Hadiah Pemain Terbaik Kejohanan
8.6 Hadiah Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
8.7 Hadiah Penjaring Terbanyak Kejohanan
8.8 Semua pemain akan diberikan T-Shirt Kejohanan (10 Pemain )
8.9 Pegawai Pasukan juga akan diberikan T-Shirt Kejohanan (2 Pegawai)
Sekian terima kasih.
CHE HASSAN CHE YAHYA
Guru besar
SK Tunku Ismail
08000 Sungai Petani, Kedah
MERANGKAP PENGAJUR KEJOHANAN
Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Semua guru-guru kelas hendaklah menyiapkan analisis keputusan peperiksaan sebelum 2 Jun 2010 (Rabu)
Sunday, May 23, 2010
Thursday, May 20, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
TARIKH | WAKTU | MATA PELAJARAN | MASA |
---|---|---|---|
ISNIN 24.05.2010 | 0800 - 0900 1030 - 1130 1145 - 1245 | Pendidikan Islam / Moral Bahasa Arab Jawi | 1 Jam 1 Jam 1 Jam |
SELASA 25.05.2010 | 0800 - 0900 1030 - 1130 1145 - 1245 | BM: Pemahaman BM: Penulisan(Tahun 3) Pend. Jasmani / Kesihatan | 1 Jam 1 Jam 1 Jam |
RABU 26.05.2010 | 0800 - 0900 1030 - 1130 | Matematik Pend. Seni Visual | 1 Jam 1 Jam |
KHAMIS 27.05.2010 | 0800 - 0900 1030 - 1130 | Sains English | 1 Jam 1 Jam |
TARIKH | WAKTU | MATA PELAJARAN | MASA |
---|---|---|---|
AHAD 23.05.2010 | 0800 - 0900 0910 - 1010 1130-1230 | Pendidikan Islam / Moral Jawi Bahasa Arab | 1 Jam 1 Jam 1 Jam |
ISNIN 24.05.2010 | 0800 - 0900 0910 - 1010 1130 - 1230 | Sivik & Kewarganegaraan K.Hidup Pend. Seni | 1 Jam 1 Jam 1 Jam |
SELASA 25.05.2010 | 0800 - 0850 0900 - 1015 1130 - 1210 | BM: Pemahaman BM: Penulisan Matematik: K2 | 50 Minit 1 Jam 15 Minit 40 Minit |
RABU 26.05.2010 | 0800 - 0900 0910 - 1010 1130 - 1230 | Matematik: K1 Pend. Jasmani / Kesihatan Kajian Tempatan | 1 Jam 1 Jam 1 Jam |
KHAMIS 27.05.2010 | 0800 - 0850 0900 - 1015 1130 - 1245 | English: Paper1 English: Paper2 Sains | 50 Minit 1 Jam 15 Minit 1 Jam 15 Minit |
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah