Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Monday, May 31, 2010

KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN BAWAH 11 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA/YAN 2010



1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Hoki Terbuka Bawah 11 Tahun Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan 2010


2. PENGANJUR

PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail dengan kerjasama Unit Sukan PPD Kuala Muda/Yan


3. TARIKH KEJOHANAN

25 dan 26 Jun 2010


4. TEMPAT KEJOHANAN

Padang Astoturf Komplek Sukan Majlis Perbandaran Sungai Petani


5. PENYERTAAN

5.1 Terbuka kepada semua sekolah di Daerah Kuala Muda/Yan

5.2 Sekolah-sekolah jemputan, Daerah Baling/Sik dan Kulim/Bandar Baru

5.3 Terhad kepada 16 pasukan yang mendaftar awal.

5.4 Setiap sekolah diberi keutamaan kepada satu pasukan utama, pasukan kedua bergantung kepada jumlah had 16 pasukan.

5.5 Pemain-pemain terdiri daripada murid-murid Tahun 5 ke bawah ( 11 tahun )

5.6 Mengimport pemain daripada sekolah lain adalah tidak dibenarkan.

5.7 Bayaran Penyertaan; Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan RM100.00


6. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

6.1 Semua borang penyertaan hendaklah diterima oleh pihak pengajur selewat-lewatnya pada 20 Jun 2010

6.2 Borang penyertaan boleh juga dikirimkan melalui emel kepada; gurubesar.skti@gmail.com


7. PERATURAN PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalan secara 7 sebelah.

7.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 10 orang pemain sahaja.

7.3 Pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan.

7.4 Masa pertandingan adalah 7 minit separuh masa pertama, 1 minit rehat dan 7 minit separuh masa kedua.

7.5 Masa pertandingan separuh akhir dan akhir, akan diputuskan oleh JK Penganjur.

7.6 Semua pemain yang berdaftar dibenarkan bermain.

7.7 Peraturan pertandingan mengikut Peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa serta perkara-perkara yang diputuskan oleh JK Pengajur.


8. HADIAH DAN CENDERAMATA

8.1 Johan: RM250, Piala Pusingan Kejohanan, Medal dan Sijil Penyertaan.

8.2 N. Johan: RM150, Medal dan Sijil Penyertaan.

8.3 Ketiga: RM100, Medal dan Sijil Penyertaan.

8.4 Keempat: Medal dan Sijil Penyertaan.

8.5 Hadiah Pemain Terbaik Kejohanan

8.6 Hadiah Penjaga Gol Terbaik Kejohanan

8.7 Hadiah Penjaring Terbanyak Kejohanan

8.8 Semua pemain akan diberikan T-Shirt Kejohanan (10 Pemain )

8.9 Pegawai Pasukan juga akan diberikan T-Shirt Kejohanan (2 Pegawai)


Sekian terima kasih.

CHE HASSAN CHE YAHYA

Guru besar

SK Tunku Ismail

08000 Sungai Petani, Kedah

MERANGKAP PENGAJUR KEJOHANAN

Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah