Pengumuman
Tarikh: 7 April 2010 / Rabu
Masa: 4.00 - 5.30 petang
Tempat: Kawasan SKSJ
Objektif:- Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan bebas daripada sampah-sarap.
- Memusnahkan kawasan atau tempat yang menjadi sarang pembiakan nyamuk.
- Memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
- Menyemai rasa kasih dan sayang kepada sekolah yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Kumpulan Sasaran:- Pelajar-pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6
(Unit Kokurikulum - Sukan & Permainan)
Kawasan:Pembuangan sampah di belakang sekolah- Kelab Bola Sepak
- KelabSepak Takraw
Blok Bakawali- Kelab Bola Jaring
Blok Angsana- Kelab Bola baling
Blok Cempaka- Kelab Permainan Dalaman
- Kelab Olahraga
Makmal Komputer & Prasekolah Sinaran- Kelab Hoki
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah