Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Wednesday, March 31, 2010

Program "KEM BESTARI SOLAT" Kali Pertama

Tarikh: 2 April 2010 (Sabtu)
Masa: 7.45 - 11.45 pagi
Tempat: Surau SK Sri Jerai

Kehadiran: Wajib bagi semua murid Tahun 1 & 2

*Semua murid diminta memakai pakaian yang sopan serta sandal bagi memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti berwudhuk & sembahyang. Murid perempuan diwajibkan membawa telekung dan murid lelaki membawa songkok. Bawa bersama alatan menulis.


Monday, March 29, 2010

Tahniah...Tahniah...Tahniah

Abdul Muhaimin bin Md. Yusoff telah mendapat tempat Pertama dalam Kategori Hafazan di Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Kuala Muda/ Yan yang berlangsung pada hari Sabtu (24 Mac 2010) yang lalu. Beliau akan mewakili daerah Kuala Muda / Yan ke Peringkat Negeri.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi memperoleh kejayaan ini.

Sunday, March 28, 2010

Ujian Bulan Mac 2010 (UPSR)

Jadual Waktu Ujian adalah seperti berikut:
TARIKHWAKTUMATAPELAJARANMASA
ISNIN
29.03.2010
08.15 - 09.05
11.00 - 12.15
Bahasa Melayu: Pemahaman
Bahasa Melayu: Penulisan
50 minit
1 jam 15 minit
SELASA
30.03.2010
08.00 - 09.00
11.00 - 11.40
12.00 - 12.50
Matematik: Kertas 1
Matematik: Kertas 2
Bahasa Inggeris: Paper 1
1 jam
40 minit
50 minit
RABU
31.03.2010
08.00 - 09.15
11.00 - 12.15
Bahasa Inggeris: Paper 2
Sains
1 jam 15 minit
1 jam 15 minit

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat Guru

Tarikh: 27 Mac 2010
Masa: 11.30 pagi - 1.30 tenhag hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, SKSJ

Keputusan Merentas Desa 2010

Merentas Desa pada tahun ini telah dijalankan pada 27 Mac 2010 (Sabtu). Murid-murid yang terlibat adalah Tahun 3, 4, 5 dan 6. Semua murid diwajibkan untuk penyertaan. Pelepasan murid-murid adalah dengan mengikut kelas iaitu Kelas 4L, 4P, 5L dan 5P. Keputusan bagi setiap kelas telah dicatatkan. Rumah Elit telah mendapat Johan dalam Merentas Desa 2010 dengan jumlah mata sebanyak 54. Berikut adalah keputusan Merentas Desa 2010.

Keputusan Keseluruhan:
Rumah Sukan4L4P5L5PJumlah
ELIT1115171154
ELEGAN86111035
DINAMIK8761233
KARISMA1093426

Keputusan Mengikut Kelas:
Kelas 4L
KedudukanNama PesertaRumah Sukan
PertamaFirdaus SaufiKarisma
KeduaMuhammad HasrulKarisma
KetigaMuhammad IkhwanuddinElit


Kelas 4P
KedudukanNama PesertaRumah Sukan
PertamaNur FarihaElit
KeduaTengku MaslinaElegan
KetigaNur HanizatulKarisma


Kelas 5L
KedudukanNama PesertaRumah Sukan
PertamaNurul Hasmal AdhaElit
KeduaMohd. Faiz NazriElit
KetigaMohd. Malik FaisalDinamik


Kelas 5P
KedudukanNama PesertaRumah Sukan
PertamaNurul NabilaDinamik
KeduaNur FatihahElit
KetigaFatin Lyana YasminElegan

Wednesday, March 24, 2010

Merentas Desa 2010

Tarikh: 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 11.30 pagi
Tempat: Padang, SKSJ

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi: Murid-murid berkumpul di padang SKSJ
- Hakim dan pengadil mengambil tempat
- Taklimat pertandingan oleh Setiausaha Sukan (En. Yusoff bin Ismail)
- Larian murid-murid; Kelas 5(L), 5(P), 4(L), 4(P)
- Peserta dan guru mengambil tempat semula
- Penyampaian hadiah
- Bersurai

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Penutupan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2010

"1 Malaysia Membanteras Dadah"

Tarikh: 24 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKSJ


Visi PPDa
  • Sekolah Bebas Dadah pada Tahun 2012
  • Negara Bebas Dadah pada Tahun 2015

Objektif PPDa
  • Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.
  • Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa.
  • Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

Matlamat PPDa
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.

RENUNGAN
"Kehidupan anda terdiri daripada tahun-tahun yang tidak membawa apa-apa makna, tetapi saat-saat yang penuh bermakna."

Majlis Sambutan Hari Lahir Kali Pertama 2010

Tarikh: 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Prasekolah Sinaran SKSJ

ATUR CARA MAJLIS

10.00 pagi: Pendaftaran
10.15 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis
10.20 pagi: Ucapan Guru Besar
10.30 pagi: Penyampaian cenderamata kepada murid-murid
yang menyambut Hari Lahir Kali Pertama
10.45 pagi: Jamuan / Sambutan Hari Lahir
1.30 petang: Majlis Bersurai

Monday, March 22, 2010

Program pendidikan awal berkualiti kanak-kanak


SEBAHAGIAN kanak-kanak dari Smart Reader Kids bersama (baris belakang, dari kiri) Dr. K.H Wang dan Chew Mei Fun pada majlis pelancaran Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak-Sebesar Harapan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PENDIDIKAN awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.

Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di negara ini.

Begitu pun tidak semua kanak-kanak berpeluang memperoleh kelebihan itu terutama di kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak-Sebesar Harapan.

Pelancaran program disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kumpulan Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd., Dr. K.H Wang berkata, program tersebut bertujuan membantu memberi pendidikan prasekolah yang berkualiti kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik.

"Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik," katanya ditemui pada majlis pelancaran tersebut.

Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat, menurut Wang, dengan adanya program tersebut, setiap sekolah akan diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.

''Program ini sebenarnya telah pun dimulakan di Terengganu dan Perlis iaitu di Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Yayasan Tuanku Syed Putra.

''Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini ia dilancarkan untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun.

''Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal berkualiti seperti kanak-kanak lain,'' ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Wang lagi, kualiti pendidikan awal kanak-kanak tidak semestinya menjadi hak milik eksklusif golongan elit dan kelas atasan saja.

Sebaliknya, ia harus dibuka kepada semua kanak-kanak bagi membolehkan mereka menikmati suasana pembelajaran berkualiti.

Dengan peluang pendidikan awal berkualiti, mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal, kreatif dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi.

''Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.

''Tiada kanak-kanak di dunia ini harus dibezakan antara satu sama lain,'' katanya.

Jelas beliau lagi, program tersebut akan dikembangkan lagi ke negeri-negeri lain seperti Perak, Pahang dan Johor dan berharap agar kanak-kanak yang diberi bantuan akan mencecah sehingga 1,000 orang.

Sunday, March 21, 2010

Kembali Ke Sekolah



Sunday, March 7, 2010

Unit Kokurikulum 2010

PENGERUSI
Guru Besar
Pn. Fatimah binti Masaud


NAIB PENGERUSI

PK Kurikulum
En. Che Azmy bin Ramli

PK Hal Ehwal Murid
Pn. Hasni binti Zakaria

PK Kokurikulum
Pn. Rahaida binti Abd. Majid


BAHAGIAN PENGURUSAN

Setiausaha Kokurikulum
Pn. Norma binti Mohd. Ishak

Penyelaras
Unit Beruniform
Pn. Iza Azriza binti Aziz

Pengakap
En. Mohd. Nasri bin Bakar

PBSM
Pn. Zuraikhan binti Ab. Rahman

TKRS
Pn. Norma binti Mohd. Ishak

Puteri Islam
Pn. Natrah binti Bakar


Penyelaras
Kelab / Persatuan
Pn. Ajora binti Jamaluddin

Komunikasi
Pn. Fakinah binti Othman

G Maths
Pn. Nor Asilah binti Abdul Manaf

Eureka / Robotik
Pn. Kartini binti Bakar

Rukunegara / KKJR
Pn. Iza Azriza binti Aziz

Seni & Kebudayaan
Pn. Kamelia binti Abdullah

B.Arab / Jawi & Khat
Pn. Azizah binti Osman

Doktor Muda
Pn. Rozana binti Ibrahim

Pencegahan Jenayah
En. Jahaya bin Sulong


Penyelaras
Sukan / Permainan
Pn. Roslidza binti Daud

Bola Sepak
En. Mohd. Sukor bin Shaari

Bola Jaring
Pn. Roslidza binti Daud

Bola Baling
En. Tan Tick Seng

Sepak Takraw
En. Yusof bin Abas

Hoki
En. Azanian bin Othman

Olahraga
En. Yusoff bin Ismail

Permainan Dalaman
Pn. Maimunah binti Amir Hassan


Setiausaha Sukan
En. Yusoff bin Ismail

KARISMA
En. Mohd. Nasri bin Bakar

ELEGAN
En. Mohd. Sukor bin Shaari

DINAMIK
En. Jahaya bin Sulong

ELIT
En. Yusof bin Abas

Untuk Renungan Bersama

Seloka Nasihat

Kiranya ibubapa orang yang baik-baik,
Anak-anak mereka nampak cantik.

Kiranya ibubapa kuat solat,
Nescaya anak-anak menjadi soleh.

Kiranya ibubapa hormatkan guru,
Nescaya anak-anak mudah mendapat ilmu.

Kiranya ibubapa pentingkan ilmu,
Pelajaran anak-anak diperhatikan selalu.

Kiranya ibubapa orang bijaksana,
Anak-anak tak akan hidup merana.

Kiranya ibubapa prihatin dan berwibawa,
Masa depan anak-anak tidaklah kecewa.

Kiranya ibubapa tak putus asa,
Mendidik anak-anak bukannya susah,
Masa depan mereka akan terserlah.

(Dipetik dari: Ucapan YDP SKSJ pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24)

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Ibnu Sina

Dirasmikan oleh:
En. Md. Yussof bin Omar
YDP PIBG SK Sri Jerai


"Sepakat Membawa Berkat"

Thursday, March 4, 2010

Posisi yang betul ketika menggunakan komputer

Ketika kita menggunakan komputer dan kadang-kadang kita merasakan rasa lelah, khususnya di bahagian tangan atau mata terasa penat. Hal tersebut biasanya disebabkan oleh kita salah mengatur posisi anggota tubuh kita. Kita harus mengatur posisi yang betul di depan komputer.

Mungkin ada baiknya kita mulakan dari sekarang dengan meletakkan komputer atau posisi tubuh kita dengan betul ketika menggunakan komputer, apalagi jika kita rutin harian menggunakannya dan dalam jangka masa yang panjang. Bagaimana posisi yang betul?


Quote:
Posisi Tubuh


1. Badan pada posisi tegak didepan komputer dan jarak pandang antara mata dan monitor sekitar 45-70cm.
Quote:
Letak posisi Komputer



2. Bagi pengguna komputer desktop, sesuaikan posisi keyboard, monitor dan mouse agar kita mendapatkan posisi yang betul untuk tubuh kita (seperti pada no 1).
Quote:
Penggunaan Mouse



3. Ketika menggunakan mouse, pastikan pergelangan tangan berada pada posisi tidak menggantung atau lebih rendah dari mouse. Pastikan posisinya sejajar antara pergelangan tangan dan mouse.
Quote:
Penggunaan Keyboard



4. Seperti pada penggunaan mouse, ketika menggunakan keyboard pastikan agar selalu sejajar seperti terlihat pada gambar.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010M / 1431H

"Memartabat Ukhwah, Memperkasa Ummah"

Tarikh: 3 Mac 2010
Tempat: Dewan Ibnu Sina

Objektif:
  • Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian.
  • Menjadikan aktiviti majlis sambutan Maulidur Rasul sebagai kegiatan yang boleh menarik minat pelajar menghayati pengajaran Pendidikan Islam.
  • Mengembangkan potensi pelajar mengenai program yang dituntut Islam.
  • Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

Matlamat:
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan akhlak mulia kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.

Wednesday, March 3, 2010

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB) TAHUN 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:

1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru (yang berkaitan dengan PKB)
10. Minit Mesyuarat semua panitia (yang berkaitan dengan PKB)
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (yang berkaitan dengan PKB)
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah

Wajib bertugas di pedalaman?


Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.

Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.

Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

“Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah