Pengumuman
Seloka Nasihat
Kiranya ibubapa orang yang baik-baik,
Anak-anak mereka nampak cantik.
Kiranya ibubapa kuat solat,
Nescaya anak-anak menjadi soleh.
Kiranya ibubapa hormatkan guru,
Nescaya anak-anak mudah mendapat ilmu.
Kiranya ibubapa pentingkan ilmu,
Pelajaran anak-anak diperhatikan selalu.
Kiranya ibubapa orang bijaksana,
Anak-anak tak akan hidup merana.
Kiranya ibubapa prihatin dan berwibawa,
Masa depan anak-anak tidaklah kecewa.
Kiranya ibubapa tak putus asa,
Mendidik anak-anak bukannya susah,
Masa depan mereka akan terserlah.
(Dipetik dari: Ucapan YDP SKSJ pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24)
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah