Pengumuman
"1 Malaysia Membanteras Dadah"Tarikh: 24 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKSJ
Visi PPDa- Sekolah Bebas Dadah pada Tahun 2012
- Negara Bebas Dadah pada Tahun 2015
Objektif PPDa- Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.
- Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa.
- Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.
Matlamat PPDa- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.
RENUNGAN"Kehidupan anda terdiri daripada tahun-tahun yang tidak membawa apa-apa makna, tetapi saat-saat yang penuh bermakna."
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah