Pengumuman
"Memartabat Ukhwah, Memperkasa Ummah"Tarikh: 3 Mac 2010
Tempat: Dewan Ibnu Sina
Objektif:- Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian.
- Menjadikan aktiviti majlis sambutan Maulidur Rasul sebagai kegiatan yang boleh menarik minat pelajar menghayati pengajaran Pendidikan Islam.
- Mengembangkan potensi pelajar mengenai program yang dituntut Islam.
- Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.
Matlamat:
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan akhlak mulia kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.
Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah