Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Wednesday, March 3, 2010

Wajib bertugas di pedalaman?


Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.

Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.

Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

“Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah